Monday, January 31, 2011

Kelebihan Kad Kredit Bank Rakyat

Assalammualaikum & Selamat sejahtera!!

Pada kali ini saya akan terangkan kelebihan kad kredit Bank Rakyat. Penting utk kita mahir point-point ini sebab ini adalah cara kita nak tarik perhatian orang mengapa mereka perlu menggunakan kad kredit Bank Rakyat berbanding kad kredit lain...Ia juga mungkin akan menyebabkan anda dapat close individu berkenaan.
1 -ISLAMIK & YURAN TAHUNAN DIKECUALIKAN.
2-  TIADA ELEMEN BERGANDA.
3-  PERLINDUNGAN TAKAFUL KELUARGA PERCUMA.
4-  KHAIRAT KEMATIAN.
5-  MATA UMRAH @ PERCUTIAN.
6-  REBET KEUNTUNGAN (Tabung Umrah @ Melancong )
7-  PEMBAYARAN ZAKAT.
8-  PELUANG BERAMAL JARIAH.

Saya akan terangkan satu persatu di bawah ini :-
1- YURAN TAHUNAN DIKECUALIKAN :- Bermaksud tiada yuran tahunan dikenakan ke atas kad kredit ini tidak seperti kad kredit lain yang mengenakan amaun tertentu kepada pemeganag sebagai bayaran yuran tahunan mereka.
2- TIADA ELEMEN BERGANDA :-  Bermaksud tiada caj berganda ke atas penggunaan kad kredit ini. Secara tak langsung, hutang tak bertambah lebih dari yang sepatutnya. Hanya caj pengurusan sahaja dikenakan sebanyak 18%  SETAHUN SAHAJA bersamaan 1.5% SEBULAN MAKSIMUM selepas tempoh bebas caj dan hanya ke atas baki hutang!!
Ini bermakna anda akan dicaj sebanyak sekali sahaja bagi penggunaan anda dalam bulan tersebut.
Cth :- Bulan Februari anda guna RM 3000
Caj pengurusan 1.5% sebulan bersamaan RM 45. Jadi semuanya RM 3045.
Anda bayar minima 5% ataupun andaikan RM1000.
Baki tidak akan dicaj kerana caj hanya sekali sahaja. Ini berbeza dengan kad kredit konvensional yang akan terus caj baki hutang anda sehingga ia dijelaskan sepenuhnya..Dekat sini je dh blh close customer kalo anda pandai terangkan pd customer tue.
3-PERLINDUNGAN TAKAFUL KELUARGA PERCUMA :- Para pemegang kad dilindungi oleh takaful keluarga PERCUMA!!! Tak payah bayar ape-ape pun...Kad lulus je dan anda akan dapat perlindungan takaful percuma.
4- KHAIRAT KEMATIAN. :- Jika berlaku kematian kepada pemegang kad, Keluarga akan mendapat khairat kematian berdasarkan jenis kad yang di ambil oleh anda. Ini adalah sebahagian dari ciri-ciri Islamik dan kelebihan kad kredit Bank Rakyat yang diberikan kepada pemegang kad secara PERCUMA!!
5- MATA UMRAH @ PERCUTIAN :- Setiap RM 10 yag dibelanjakan menggunakan kad kredit Bank Rakyat bersamaan 1 mata umrah @ pelancongan. Setelah jumlah mata @ point mencukupi, pemegang boleh menebus mata @ point tersebut untuk umrah ataupun melancong ke destinasi yang telah ditetapkan oleh Bank Rakyat.
6- REBET KEUNTUNGAN :- Ni yg agak unik atau best. Rebet keuntungan dari Bank Rakyat (ada peratus yang telah ditetapkan) akan ditambah kedalam tabung umrah @ pelancongan pemegang kad. Sape nk bagi beb!!
7- PEMBAYARAN ZAKAT ;- Haaa..ni sebab kecanggihan teknologi zaman sekarang, para pemegang kad yang terlampau sibuk boleh membuat pembayaran zakat melalui kad kredit Bank Rakyat. Mudah kan...
8- PELUANG BERAMAL JARIAH :- Yang nie point bonus je untuk menarik minat customer kalau korang tengok customer tu jenis suka menderma, boleh la utarakan point ni utk menambah minat diorang untuk apply kad. Rakyat Malaysia kan murah hati untuk menderma. Badan2 amal yang akan diberikan sedekah jariah ini dipilih oleh Bank Rakyat setiap tahun...
Maka...mahirkan la diri anda semua dengan point2 nie..

7 comments:

  1. dalam bill bank rakyat CC ada kena cas rm35 setiap bulan. bayaran apa benda tu yer?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam....

    1) rebet tu boleh guna utk minyak tak? hehehehe....
    biasa dengar, kalau kerap guna dapat 5% rebet... betul ka?
    contoh bulan lepas guna kad, amaun RM1000.00.. bulan nie dapat rebet 5% daripada penggunaan bulan lepas...
    bermaksud dapat rebet RM50.00.. adakah ia nya betul?

    2) jika membuat pembelian dengan menggunakan installment...
    pihak manakah yang menentukan Installment tersebut...
    contoh, beli motorsikal RM5000... adakah pihak kedai yang tetapkan @ pun pihak Bank?

    * kalau ada pembaca lain yang tahu, sila maklumkan sekali... :)
    * dah pikir hujung-hujung dah nie... borang pun dah isi.. tinggal nak hantar jer...
    sbb nak guna : sekarang, isi minyak banyak sangat setiap bulan...

    ReplyDelete
  3. Sya nk tnya pasal mata @ point tu apa kegunaannya mcmna nk tebus

    ReplyDelete
  4. bAGAIMANA SAYA NAK MENEBUS POINT YG TERKUMPUL SELAMA INI?

    ReplyDelete