Monday, January 31, 2011

CARA DAPAT PELANGGAN KAD KREDIT

Salam,
Disini diterangkan serba sedikit perkara yang anda perlu tahu. Lebih dari separuh informasi dalam web brakyat...baca juga komen laman web zaharuddin.net

Tugas kita sebagai telepemasar ialah mendapatkan pelanggan seramai mungkin untuk bank rakyat. Apabila kita memberi pelanggan kepada bank maka mereka membayar upah kepada kita dalam bentuk komisen.Telepemasar adalah seorang peniaga dan segalanya mempunyai risiko dalam bentuk untung rugi.Jadi kita perlu bersedia serta sentiasa peka. Seorang yang berdikari dan mempunyai inisiatif untuk memajukan perniagaan.Ia juga gabungan kerja pejabat dan luar pejabat.Kejayaan sesebuah bank bergantung kepada kejayaan pemasarnya.

Produk bank terdiri dari pelbagai kemudahan dan kita diberi peluang untuk memasarkan kad kredit master islamic bank rakyat.Tumpuan kita hanya kepada produk ini dan untuk melancarkan jualan ,sedikit sebanyak kita perlu tahu produk yang ada dalam bank rakyat.Semuanya boleh diteliti dalam laman webnya.Begitu juga produk bank islam.


APA ITU KAD KREDIT?
Sebelum melangkah lebih jauh,kita sebagai pemasar perlu mengetahui apa itu kad kredit.Apa itu kad visa dan master.Perbezaan Islam dan konvesional. Pada dasarnya kemudahan bank terdiri daripada simpanan dan pinjaman.Kad kredit adalah salah satu produk kewangan bank.Konsepnya bank memberi peluang kepada pelanggan untuk menggunakan dahulu duit bank dan selepas itu mengarahkan pembayaran dalam masa 30 hari samada secara penuh atau sedikit-sedikit serendah 5%. Segala undang undang telah ditetapkan oleh bank negara untuk menjaga hak bank terlibat serta pihak pelanggan. Bank mendapat keuntungan perniagaan daripada bayaran minima pelanggan,caj yuran tahunan.Bank juga mendapat keuntungan daripada pekedai-pekedai yang menjalankan hubungan kerjasama dengan mereka samada pengiklanan atau sebagainya.Itu sedikit gambaran perniagaan ini mendapat keuntungan.

Visa dan master adalah francise untuk bank.Mereka adalah 2 syarikat berasingan yang memberi perkhidmatan kepada bank diseluruh dunia.Kata kasarnya,Visa dan master adalah pengganti cash/tunai samada pada saat itu kita tiada cash atau cash/rm tidak boleh dipakai/tidak laku dalam negara lain.Maka visa dan master boleh membantu untuk urusan pembelian, booking/pendahuluan,emergency atau apa sahaja yang melibatkan cash.Selagi ada lambang yang tertera visa dan master didunia ini kita boleh gunakanya.Ciri -ciri keselamatan telah ditingkatkan dan menjadi kewajiban kepada bank dan bank negara memantau tentang keselamatan kad kredit.si

Seorang pemegang kad kredit ingin menggunakanya untuk mengisi petrol.Maka dia akan swipe card untuk mendapatkan kelulusan daripada bank amaun yang diperlukan.Bila diluluskan,selesai sahaja isi, resit akan dikeluarkan.Maka urusan tersebut telah sah dan pelanggan diperlukan untuk membayar balik nilai cash yang telah digunakan.

Kita sebagai pemasar perlu mengetahui ciri-ciri kad kredit dan sebagainya.itu boleh didapati dalam wikipedia atau google sahaja tentang topik kad kredit.Disitu anda tahu sedikit sebanyak.

SASARAN PASARAN
Berbalik kepada tugas .Kita perlu mencari seramai mungkin pelanggan.Ia memerlukan perancangan rapi.Maka sekurang-kurangnya sebuah diari diperlukan untuk aktiviti serta temujanji.Kaitkan dengan mood pelanggan berdasarkan cuti umum dan cuti persekolahan. Pihak bank telah menetapkan pelanggan yang dikehendakinya. Secara ringkasnya,sesiapa sahaja rakyat malaysia 21tahun keatas yang bekerja dan mempunyai pendapatan minima rm1500 serta mesti membuat caruman kwsp.Dokumen yang diperlukan hanyalah salinan kad pengenalan dan satu salinan slip gaji.

Tugas kita hanya tumpukan kepada target pelanggan yang bank kehendaki kerana pendapatan kita bergantung kepada kelulusan mereka.Kelulusan tinggi adalah dari kategori multinasioal company(mnc).Definasinya ialah kerajaan,semi ,anak syarikat kerajaan samada persekutuan atau negeri.Perbadanan atau apa sahaja syarikat dimana kerajaan mempunyai pegangan sahamnya.Swasta yang disenaraikan bursa samada papan pertama atau kedua serta anak syarikat.Syarikat antarabangsa yang melabur di Malaysia dalam pelbagai bidang spt perkilangan,perkhidmatan.(samsung,Dell,Hitachi,etc).

LANGKAH KERJA.
Mulakan dengan target/sasaran bulanan berdasarkan pendapatan yang diinginkan. Katakan kita memerlukan RM3000.00 sebulan.

BAGAIMANA ANDA NAK DAPAT KAN PELANGGAN ANDA- Buat flyer

- Jumpa rakan2 yang bekerja dengan anda

- Jangan salah masuk pasaran, pasaran yang betul..rate approved tinggi

- Masuk pasaran di Jabatan Kerajaan, Badan - badan Berkanun dan Syarikat dalam senarai BSKL.
   (MNC / GLC)

- Jumlah potongan Gaji RM1000 ke atas (check kt slip gaji pelanggan, tiada masalah untuk membayar lebih
  1 kad kredit yang pelanggan ada. Tidak Blacklist, CCRIS, CTOS. Untuk yang lebih baik jumlah potongan
  gaji RM1200 ke atas. Tiada komitmen hutang yang lain.


JANGAN SALAH MASUK PASARAN..INI AKAN MENYEBABKAN ANDA RUGI!!!

2 comments:

  1. Kad kredit sbnrnye adalah kemudahan yg diberikan oleh bank kepada pengguna.Namun penyalahgunaan k.kredit menyebabkan pengguna tersebut terjebak dlm perangkap hutang.K.kredit mengajar kite berdisiplin dlm membelanjakan duit.So sblm memohon sebarang k.kredit pastikan anda sudah bersedia dari mental 100%.itu pndgn sy

    http://al-iklan.com

    ReplyDelete
  2. Kad kredit sbnrnye adalah kemudahan yg diberikan oleh bank kepada pengguna.Namun penyalahgunaan k.kredit menyebabkan pengguna tersebut terjebak dlm perangkap hutang.K.kredit mengajar kite berdisiplin dlm membelanjakan duit.So sblm memohon sebarang k.kredit pastikan anda sudah bersedia dari mental 100%.itu pndgn sy.

    http://al-iklan.com

    ReplyDelete