Monday, January 31, 2011

CARA DAPAT PELANGGAN KAD KREDIT

Salam,
Disini diterangkan serba sedikit perkara yang anda perlu tahu. Lebih dari separuh informasi dalam web brakyat...baca juga komen laman web zaharuddin.net

Tugas kita sebagai telepemasar ialah mendapatkan pelanggan seramai mungkin untuk bank rakyat. Apabila kita memberi pelanggan kepada bank maka mereka membayar upah kepada kita dalam bentuk komisen.Telepemasar adalah seorang peniaga dan segalanya mempunyai risiko dalam bentuk untung rugi.Jadi kita perlu bersedia serta sentiasa peka. Seorang yang berdikari dan mempunyai inisiatif untuk memajukan perniagaan.Ia juga gabungan kerja pejabat dan luar pejabat.Kejayaan sesebuah bank bergantung kepada kejayaan pemasarnya.

Produk bank terdiri dari pelbagai kemudahan dan kita diberi peluang untuk memasarkan kad kredit master islamic bank rakyat.Tumpuan kita hanya kepada produk ini dan untuk melancarkan jualan ,sedikit sebanyak kita perlu tahu produk yang ada dalam bank rakyat.Semuanya boleh diteliti dalam laman webnya.Begitu juga produk bank islam.


APA ITU KAD KREDIT?
Sebelum melangkah lebih jauh,kita sebagai pemasar perlu mengetahui apa itu kad kredit.Apa itu kad visa dan master.Perbezaan Islam dan konvesional. Pada dasarnya kemudahan bank terdiri daripada simpanan dan pinjaman.Kad kredit adalah salah satu produk kewangan bank.Konsepnya bank memberi peluang kepada pelanggan untuk menggunakan dahulu duit bank dan selepas itu mengarahkan pembayaran dalam masa 30 hari samada secara penuh atau sedikit-sedikit serendah 5%. Segala undang undang telah ditetapkan oleh bank negara untuk menjaga hak bank terlibat serta pihak pelanggan. Bank mendapat keuntungan perniagaan daripada bayaran minima pelanggan,caj yuran tahunan.Bank juga mendapat keuntungan daripada pekedai-pekedai yang menjalankan hubungan kerjasama dengan mereka samada pengiklanan atau sebagainya.Itu sedikit gambaran perniagaan ini mendapat keuntungan.

Visa dan master adalah francise untuk bank.Mereka adalah 2 syarikat berasingan yang memberi perkhidmatan kepada bank diseluruh dunia.Kata kasarnya,Visa dan master adalah pengganti cash/tunai samada pada saat itu kita tiada cash atau cash/rm tidak boleh dipakai/tidak laku dalam negara lain.Maka visa dan master boleh membantu untuk urusan pembelian, booking/pendahuluan,emergency atau apa sahaja yang melibatkan cash.Selagi ada lambang yang tertera visa dan master didunia ini kita boleh gunakanya.Ciri -ciri keselamatan telah ditingkatkan dan menjadi kewajiban kepada bank dan bank negara memantau tentang keselamatan kad kredit.si

Seorang pemegang kad kredit ingin menggunakanya untuk mengisi petrol.Maka dia akan swipe card untuk mendapatkan kelulusan daripada bank amaun yang diperlukan.Bila diluluskan,selesai sahaja isi, resit akan dikeluarkan.Maka urusan tersebut telah sah dan pelanggan diperlukan untuk membayar balik nilai cash yang telah digunakan.

Kita sebagai pemasar perlu mengetahui ciri-ciri kad kredit dan sebagainya.itu boleh didapati dalam wikipedia atau google sahaja tentang topik kad kredit.Disitu anda tahu sedikit sebanyak.

SASARAN PASARAN
Berbalik kepada tugas .Kita perlu mencari seramai mungkin pelanggan.Ia memerlukan perancangan rapi.Maka sekurang-kurangnya sebuah diari diperlukan untuk aktiviti serta temujanji.Kaitkan dengan mood pelanggan berdasarkan cuti umum dan cuti persekolahan. Pihak bank telah menetapkan pelanggan yang dikehendakinya. Secara ringkasnya,sesiapa sahaja rakyat malaysia 21tahun keatas yang bekerja dan mempunyai pendapatan minima rm1500 serta mesti membuat caruman kwsp.Dokumen yang diperlukan hanyalah salinan kad pengenalan dan satu salinan slip gaji.

Tugas kita hanya tumpukan kepada target pelanggan yang bank kehendaki kerana pendapatan kita bergantung kepada kelulusan mereka.Kelulusan tinggi adalah dari kategori multinasioal company(mnc).Definasinya ialah kerajaan,semi ,anak syarikat kerajaan samada persekutuan atau negeri.Perbadanan atau apa sahaja syarikat dimana kerajaan mempunyai pegangan sahamnya.Swasta yang disenaraikan bursa samada papan pertama atau kedua serta anak syarikat.Syarikat antarabangsa yang melabur di Malaysia dalam pelbagai bidang spt perkilangan,perkhidmatan.(samsung,Dell,Hitachi,etc).

LANGKAH KERJA.
Mulakan dengan target/sasaran bulanan berdasarkan pendapatan yang diinginkan. Katakan kita memerlukan RM3000.00 sebulan.

BAGAIMANA ANDA NAK DAPAT KAN PELANGGAN ANDA- Buat flyer

- Jumpa rakan2 yang bekerja dengan anda

- Jangan salah masuk pasaran, pasaran yang betul..rate approved tinggi

- Masuk pasaran di Jabatan Kerajaan, Badan - badan Berkanun dan Syarikat dalam senarai BSKL.
   (MNC / GLC)

- Jumlah potongan Gaji RM1000 ke atas (check kt slip gaji pelanggan, tiada masalah untuk membayar lebih
  1 kad kredit yang pelanggan ada. Tidak Blacklist, CCRIS, CTOS. Untuk yang lebih baik jumlah potongan
  gaji RM1200 ke atas. Tiada komitmen hutang yang lain.


JANGAN SALAH MASUK PASARAN..INI AKAN MENYEBABKAN ANDA RUGI!!!

MERANCANG MASA KERJA ANDA

Untuk Part Time Agent..
Bagaimana anda merancang mendapat jualan..semasa bekerja.

Anda perlu merancang masa untuk mendapat sales..bagaimana nak capai jualan 7 / 8 seminggu.
Untuk menambah pendapatan anda..mungkin anda berpeluang mendapat RM500 - RM700 sebulan..mgkin lebih..sekira nya anda buat promosi..
Anda boleh buat 2 cara promosi..secara online (buat blog @ iklan) dan edar flyer.


Untuk Full Time Agent
Rancang masa kerja anda..bagaimana nak capai 2 / 4 jualan sehari
Atau 9  / 13 seminggu (ikut elaun yang anda pilih)

Waktu kerja anda fleksible..dapat 2 jualan..anda boleh balik ke rumah..
Pergi kerja..balik kerja..anda yang tentukan...
Jangan lupa sebelum balik..sms kt Leader anda..berapa jualan hari tersebut.
Setiap hari Khamis anda hantar ke Leader anda, borang2 yang dah lengkap.




JOM..dengan kami...GrowUgroW Team Member..

KENAPA ADA PERLU PILIH AGENSI KAMI

Salam pembuka bicara,semoga mendapat rahmat dan ceria membacanya.

Pada realitinya,kami adalah agensi yang dilantik oleh pihak bank untuk memasarkan produk kewangan kad kredit berasaskan Islam.Jadi menjadi tugas agensi mencari tenaga pemasar secara berseorangan ataupun daripada kategori berkumpulan.

Tenaga pemasar yang baik sepatutnya mempunyai ciri-ciri berdikari yang tinggi,semangat juang serta kehendak yang membuak bagi memastikan sasaran yang dihajati tercapai.Kebebasan masa serta pendapatan tunai yang lebih itulah yang tidak boleh dibandingkan dengan kerja makan gaji.Jadi seorang tenaga pemasar sudah tersedia minda keusahawanan dan dengan kata kasarnya semuanya sendiri dan seolah-olah tiada orang yang menolongnya...jatuh bangun sendirilah selesaikanya...

Sebelum melibatkan diri,tanya diri sendiri adakah sanggup menghadapi cabaran mendatang.
Kerja bebas ,pendapatan tinggi tetapi semuanya sendiri..
Hanya species istimewa yang sanggup terjun.Adakah anda salah seorang?

Sesudah sanggup dan mengatakan ya,maka minda dan pendirian wajib terima dan jangan kebelakang lagi.Tetapkan matlamat pendapatan..Jadi mesti betul-betul nekad dan tetapkan tarikh percubaan.Belum cuba belum tahu.Diri kata bagus,sanggup dengan cabaran tapi bila masa berlangsung,seminggu,2 minggu,tak tahan...minda dan fisikal tak kuat..kata orang,cakap je besar tapi tak kemanapun..minda dan hati mesti selari dan senada..semangat...itulah yang kami hendak..berkualiti.

Teliti cara kerja yang sesuai dengan diri dan kenalpasti baik serta buruknya.Matchkan.
Buat perancangan mingguan dan tahu aktiviti kalendar .


Salam sekali lagi semoga setitik cahaya menyinari kalian.

SEBAB YANG LAIN..Kenapa anda perlu menyertai kami..

  • Pengurus anda berpengalaman 12 tahun dalam pemasaran & jualan kad kredit (konvesional & Islamik)
  • Latihan dan bimbingan kerjaya akan diberi, anda akan diberi latihan secukupnya sebelum kami lepaskan anda bekerja.
  • Memberi latihan mengenal produk perbankan Islam kepada anda secara telus dan professional.
  • Pengurusan syarikat dikendalikan secara professional, beroperasi di Petaling Jaya.
  • Kami lebih penting kan hasil kerja yang berkualiti dan fokus pada kerjaya.

Kelebihan Kad Kredit Bank Rakyat

Assalammualaikum & Selamat sejahtera!!

Pada kali ini saya akan terangkan kelebihan kad kredit Bank Rakyat. Penting utk kita mahir point-point ini sebab ini adalah cara kita nak tarik perhatian orang mengapa mereka perlu menggunakan kad kredit Bank Rakyat berbanding kad kredit lain...Ia juga mungkin akan menyebabkan anda dapat close individu berkenaan.
1 -ISLAMIK & YURAN TAHUNAN DIKECUALIKAN.
2-  TIADA ELEMEN BERGANDA.
3-  PERLINDUNGAN TAKAFUL KELUARGA PERCUMA.
4-  KHAIRAT KEMATIAN.
5-  MATA UMRAH @ PERCUTIAN.
6-  REBET KEUNTUNGAN (Tabung Umrah @ Melancong )
7-  PEMBAYARAN ZAKAT.
8-  PELUANG BERAMAL JARIAH.

Saya akan terangkan satu persatu di bawah ini :-
1- YURAN TAHUNAN DIKECUALIKAN :- Bermaksud tiada yuran tahunan dikenakan ke atas kad kredit ini tidak seperti kad kredit lain yang mengenakan amaun tertentu kepada pemeganag sebagai bayaran yuran tahunan mereka.
2- TIADA ELEMEN BERGANDA :-  Bermaksud tiada caj berganda ke atas penggunaan kad kredit ini. Secara tak langsung, hutang tak bertambah lebih dari yang sepatutnya. Hanya caj pengurusan sahaja dikenakan sebanyak 18%  SETAHUN SAHAJA bersamaan 1.5% SEBULAN MAKSIMUM selepas tempoh bebas caj dan hanya ke atas baki hutang!!
Ini bermakna anda akan dicaj sebanyak sekali sahaja bagi penggunaan anda dalam bulan tersebut.
Cth :- Bulan Februari anda guna RM 3000
Caj pengurusan 1.5% sebulan bersamaan RM 45. Jadi semuanya RM 3045.
Anda bayar minima 5% ataupun andaikan RM1000.
Baki tidak akan dicaj kerana caj hanya sekali sahaja. Ini berbeza dengan kad kredit konvensional yang akan terus caj baki hutang anda sehingga ia dijelaskan sepenuhnya..Dekat sini je dh blh close customer kalo anda pandai terangkan pd customer tue.
3-PERLINDUNGAN TAKAFUL KELUARGA PERCUMA :- Para pemegang kad dilindungi oleh takaful keluarga PERCUMA!!! Tak payah bayar ape-ape pun...Kad lulus je dan anda akan dapat perlindungan takaful percuma.
4- KHAIRAT KEMATIAN. :- Jika berlaku kematian kepada pemegang kad, Keluarga akan mendapat khairat kematian berdasarkan jenis kad yang di ambil oleh anda. Ini adalah sebahagian dari ciri-ciri Islamik dan kelebihan kad kredit Bank Rakyat yang diberikan kepada pemegang kad secara PERCUMA!!
5- MATA UMRAH @ PERCUTIAN :- Setiap RM 10 yag dibelanjakan menggunakan kad kredit Bank Rakyat bersamaan 1 mata umrah @ pelancongan. Setelah jumlah mata @ point mencukupi, pemegang boleh menebus mata @ point tersebut untuk umrah ataupun melancong ke destinasi yang telah ditetapkan oleh Bank Rakyat.
6- REBET KEUNTUNGAN :- Ni yg agak unik atau best. Rebet keuntungan dari Bank Rakyat (ada peratus yang telah ditetapkan) akan ditambah kedalam tabung umrah @ pelancongan pemegang kad. Sape nk bagi beb!!
7- PEMBAYARAN ZAKAT ;- Haaa..ni sebab kecanggihan teknologi zaman sekarang, para pemegang kad yang terlampau sibuk boleh membuat pembayaran zakat melalui kad kredit Bank Rakyat. Mudah kan...
8- PELUANG BERAMAL JARIAH :- Yang nie point bonus je untuk menarik minat customer kalau korang tengok customer tu jenis suka menderma, boleh la utarakan point ni utk menambah minat diorang untuk apply kad. Rakyat Malaysia kan murah hati untuk menderma. Badan2 amal yang akan diberikan sedekah jariah ini dipilih oleh Bank Rakyat setiap tahun...
Maka...mahirkan la diri anda semua dengan point2 nie..

Wednesday, January 19, 2011

Kerja Idaman Anda

Assalammualaikum  &  Salam  1Malaysia.
Selamat datang ke blog yang tidak seberapa ini. Mungkin disini anda akan menemui apa yang anda cari selama ini. Sebelum itu, saya ingin anda memahami apa yang dikatakan di bawah ini :-

SIAPA KAMI..
Kami adalah agensi Perbankan Islam yang dilantik oleh pihak bank ternama di Malaysia. Produk yang kami pasarkan adalah kad kredit Visa & Mastercard. Kami ingin beri peluang pekerjaan sambilan @ sepenuh masa kepada individu yang berminat menambah pendapatan atau sebagai pekerjaan tetap.


APA ITU KAD KREDIT..
Kad kredit adalah pengganti wang tunai, ketika pelanggan pergi melancung..membeli-belah..menginap di hotel..pelanggan tidak perlu membawa wang tunai yang banyak, untuk kecemasan..wang boleh dikeluarkan dari mesin ATM bank kad kredit berkenaan. Kad kredit ini ada ciri2 keselamatan iaitu cip & nombor PIN
MASIH RAMAI YANG MENGGUNA KAD KREDIT..WALAUPUN DAH ADA 1 KAD DARI BANK LAIN..

Tahukah  Anda :-
1-   1-   Malaysia mempunyai sebanyak 28 juta orang penduduk.
2-   2- Sebanyak 8.3 juta orang menggunakan kad kredit.
3-   3- Sebanyak 2000 orang memohon untuk mendapatkan kad kredit setiap bulan.
4-  4-   Maybank mensasarkan sebanyak 500 ribu orang pemegang kad baru setiap tahun.
5- 5- Terdapat potensi besar dalam bidang pemasaran kad kredit kerana penambahan pekerja-pekerja baru dalam sektor kerajaan setiap tahun.

Sedarkah Anda :-
1-     1- Dari 28 juta penduduk Malaysia , separuh daripadanya  hidup pada paras sederhana.
2-      2-Hampir 70% pegawai kerajaan mencari kerja sambilan untuk menambah perbelanjaan.
3-      3-Mereka yang berpendapatan RM 3000 sebulan dikategori berada di atas paras ‘KEMISKINAN’.
4-      4-Hampir 3 juta orang berada dalam senarai BLACKLIST CTOS & CCRIS atau mungkin lebih.
5-      5-Mereka yang berpendapatan RM 1500 sebulan tergolong dalam kategori berpendapatan 6-RENDAH dan dikategorikan “MISKIN”.
6-      7-Dalam tempoh 5 Tahun akan datang, mereka yang berpendapatan RM 3000 tergolong dalam kategori ‘SEDERHANA MISKIN’
7-     8- Kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi berperingkat bagi mengurangkan defisit perbelanjaan kerajaan.
8-      9-Ini menyebabkan harga barangan keperluan seperti petrol, gula, gas memasak dan lain-lain terus meningkat.
9-      10-Persoalannya, adakah GAJI anda meningkat juga??
1011-  Adakah kenaikan gaji anda mampu menampung perbelanjaan yang semakin meningkat?
1112 Syarat pinjaman Bank adalah gaji mesti melebihi paras RM 2000 sebulan.
1213-  Mereka yang berpendapatan kurang dari RM 1000 tergolong dalam kategori “MISKIN TEGAR”.
1414-  Adakah anda tergolong dalam mana-mana yang saya  katakan di atas??


Adakah Anda :-
1-      1- Melakukan rutin yang sama setiap hari?
2-      2- Pergi kerja pagi balik malam?
3-      3- Bekerja setiap hari walaupun hari cuti?
4-      4- Sukar mendapat cuti dari majikan?
5-      5- Jika MC, gaji anda ditolak?
6-      6- Tidak dapat pulang ke kampung kerana bekerja??
7-      7- Tidak mempunyai masa untuk bersantai?
8-    8 Hidup dalam stress dan tekanan sepanjang masa?
9-      9-  Menghadapi masalah kewangan?
1010-    Selalu kekurangan wang?
1111-  Gaji sering tidak cukup?
1212-  Hutang keliling pinggang?
1313-  Terpaksa pakai baju, barang yang sama berulang kali walaupun dah bertahun?
1414-  Bekerja sampai usia tua kerana hutang keliling pinggang?
1515-  Runsing memikirkan keperluan anak- anak setiap kali musim persekolahan bermula?

Mahukah Anda :-
1-      Bebas melakukan rutin yang anda mahu.
2-      Pergi kerja dan balik pada jam 3 petang?
3-      Bercuti pada bila- bila masa yang anda perlu?
4-      MC tanpa ditolak gaji?
5-      Pulang ke kampung dengan senang hati?
6-      Boleh bersantai bersama keluarga dan rakan- rakan.
7-      Bebas dari tekanan dan stress.
8-      Bebas dari masalah kewangan yang sentiasa menghantui?
9-      Mempunyai wang yang mencukupi dalam akaun anda?
10-  Bebas dari hutang ?
11-  Boleh beli barang yang anda mahu ?
12-  Mempunyai dana yang cukup untuk keperluan keluarga?
13-  Bersara sebelum usia anda?

Maka, jika anda mahu semua itu, teruskan membaca  blog  saya. Anda akan mengetahui apa yang saya cuba sampaikan.
Semua orang tahu, wang bukanlah segalanya dalam hidup tetapi semua benda dalam hidup kita memerlukan wang. Oleh itu, maka wajarlah saya katakan bahawa sampai mati pun kita masih memerlukan wang dan akan sentiasa bekerja mencari wang. Jadi kita harus gandakan usaha untuk mendapatkan wang. Tetapi adakah dengan pekerjaan yang kita ada sekarang ini mencukupi? Jika tidak, maka saya ada jawapannya.
Jangan salah faham. Saya sama sekali tidak menggalakkan anda berhenti kerja tetapi saya ingin mencadangkan anda jalan alternative untuk anda keluar dari kepompong masalah yang akan sentiasa membelenggu hidup kita. Jadi saya galakkan anda teruskan membaca.
Saya adalah wakil berdaftar untuk kad kredit Bank Rakyat dan disini saya menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi wakil jualan dan pemasaran untuk kad kredit Bank Rakyat.

Cuba anda bayangkan..kerja dalam keinginan anda sendiri.. Nak tak?? 
Mari kita kira..

Sebulan 30 form = Elaun RM 300
Kita anggarkan 60% approval rate, maknanya 18 yang approve..
Dari 18, 8 tidak dikira komisyen.Dikira BURN CARD oleh pihak syarikat Jadi tinggal 10 yang approve.
Contoh
Kad Klasik RM40 komisyen X 5 kad = RM 200
Kad Gold RM60 X 5 kad = RM 300
Campur elaun anda = RM 300
Pendapatan anda bulan tersebut = RM 800
Ini adalah pendapatan sampingan anda sebulan. Tanpa menjejaskan kerja anda sekarang ini.
Menarik bukan??
Ini adalah satu contoh asas dimana ini adalah pendapatan mereka yang bekerja part time dengan syarikat kami. Ada yang dapat sehingga RM 2000 sebulan hanya dengan bekerja secara Part time sahaja.
Tak perlu ikut rutin pergi pagi balik petang.
Anda sendiri tentukan cara kerja anda.
Kami menawarkan pakej gaji yang menarik kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kami secara part  time dan Full time. Elaun + komisyen yang menarik.

Pakej A - 30 submission = Elaun RM 300
Pakej B - 50 submission = Elaun RM 500
Pakej C - 80 submission = Elaun Rm 800
Pakej D - 100 submission = Elaun RM 1000

Ini adalah basic sahaja. Tak termasuk komisyen. Komisyen akan dibayar apabila kad approve ataupun diluluskan oleh bank. Pakej diatas adalah basic bulanan sahaja.
Dari masa ke semasa pihak kami mengadakan 'event' untuk para staff fulltime dan part time.
Jadi terus mengikuti blog untuk mendapatkan update tentang event yang dianjurkan.
Ini adalah peluang anda untuk keluar dari belenggu kewangan yang selama ini membelenggu kehidupan anda..
Saya hanya memberi alternatif kepada anda. Yang lain anda sendiri tentukan.
Jika anda ingin mengubah nasib anda, poket anda serta hidup anda, hubungi saya.

Azman - 013 3007 604.